KUNJUNGAN KE YAAPEIM

KOPERASI RAKYAT KELANTAN BERHAD BERKUNJUNG KE PEJABAT YAAPEIM

Pada hari Isnin, 11 Febuari 2019, Koperasi Rakyat Kelantan Berhad telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim)..

Rombongan KRK ini diketuai oleh Ir Mohd Ezanee Bin Adam, bekas Ketua Pegawai Operasi Permodalan Kelantan Berhad, selaku penasihat KRK dan Encik Ramilan Bin Abd Rahman, Setiausaha KRK merangkap Pengurus Besar Permodalan Kelantan Berhad.

Majlis pertemuan santai ini disambut mesra oleh Haji Mohammad Zamri Zakaria, Pengarah Kanan Pembangunan Sosioekonomi & Komunikasi Korporat di Pejabat Yapeim bertempat di di tingkat 8, Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur…

Banyak topik yang telah dibincangkan. KRK turut menyambut baik cadangan yang diberikan oleh pihak Yapeim..diharap kerjasama KRK-Yapeim dapat diteruskan lagi di masa hadapan kelak.. InsyaAllah.