5 CAWANGAN ARRAHN KRK

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
KRK ditubuhkan sejak 15 tahun lepas sebagai wadah mengumpul modal rakyat negeri Kelantan bagi melibatkan didalam perniagaan ar rahn / sistem gadaian patuh syariah.
2026 KRK terus mengembangkan operasi dengan membuka 2 cawangan di Indera Mahkota Kuantan dan Pasir Pekan Kota Bharu . Dianggarkan modal tambahan sebanyak RM10.0 juta diperlukan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang kini mengutamakan muamalah patuh syariat bagi tempoh berakhir Dis 2026.
Begitu juga bagi cawangan Kemaman dan Tok Bali dijangka memerlukan modal tambahan RM 10.00 juta bagi tempoh yang sama.
Bagi memenuhi keperluan ini, pihak lembaga KRK memutuskan:
1. Tawaran simpanan khas diteruskan sehingga akhir tahun.
2. Tawaran simpanan khas secara bulanan diperkenalkan dengan jumlah minima RM100.00.
3. usaha mencari ahli baru digencarkan.
Ahli lembaga berkeyakinan anggota-anggota KRK berkemampuan bagi memenuhi keperluan dana diatas bagi terus mengembangkan operasi Ar Rahn.
Adalah dijangkakan kadar keuntungan KRK akan terus meningkat dengan meningkatnya saiz urusniaga di cawangan2 baru diatas.
Untuk makluman, jumlah modal terkumpul didalam 5 cawangan ar rahn, kini mencapai RM 76.51 juta. Adalah dijangkakan jumlah akan mencapai RM 100.00 juta pada akhir 2026.
KRK bukan sahaja berjaya membuktikan pulangan ke atas simpanan khas yang baik dan stabil, malah urusniaga Ar Rahn dapat memenuhi permintaan masyarakat yang terus meningkat dari masa ke semasa.
semoga semua anggota anggota KRK dijemput merebut peluang keemasan ini sebelum ianya luput.
mari kita sama sama berdoa semoga usaha fardu kifayah KRK ini memberi keuntungan didunia dan pahala diakhirat nanti.
saya akhiri dengan kata-kata tokoh ar rahn, ” Pajak / ar rahn is a smallmen bank”. Majoriti masyarakat memerlukan perkhidmatannya.
kerjasama dan sokongan anggota-anggota amatlah dihargai.
wassalam.
Untuk Keterangan Lanjut
Pegawai Bertugas (Afiq)
☎️ Hubungi atau WhatsApp: 09-741 4332
Alamat Pejabat KRK
Tingkat Bawah, Lot 321, Seksyen 12, Jalan Tok Guru, 15400 Kota Bharu, Kelantan.
Pengerusi KRK
Wan Yahya bin W. Salleh
☎️ 013-939 8181
Timbalan Pengerusi KRK
Mohd Sabri bin Abdullah
☎️ 019-981 3353