Daftar Menjadi Anggota KRK Sekarang

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad

Whatsapp 09-741 4332

Sila tekan di sini

MODAL SYER

MINIMUM

RM1000 + 10 (YURAN PENDAFTARAN)
  • Sumbangan Khairat Kematian
  • Sumbangan Pengajian Peringkat IPT
  • Sumbangan Kemasukan Wad Hospital
  • Dividen dan Pulangan yang Kompetitif

INFORMASI TERKINI

KRKB + AR-RAHN

Sejarah telah tercipta pada tahun 2011 dimana KRK telah ditubuhkan dan diperkenankan untuk menjalankan usahasama/join venture bersama Permodalan Kelantan Berhad (PKB). Rakyat Kelantan berpeluang untuk melabur dan mempunyai syer di dalam bisnes yang dimiliki oleh kerajaan negeri, dan diberikan pulangan dalam bentuk dividen setiap tahun. Koperasi Rakyat Kelantan adalah satu satunya koperasi yang ditubuhkan untuk rakyat Kelantan.

INFO TERKINI ! ! !

 

1) BAGAIMANA UNTUK MENJADI ANGGOTA KOPERASI RAKYAT KELANTAN BERHAD (KRKB)

 

Untuk menjadi anggota, Tuan/Puan perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

 

  • Langkah 1: Isi Borang
    Lengkapkan Borang Pendaftaran dan Borang Penama dengan maklumat yang betul.

 

  • Langkah 2: Bayar Yuran Pendaftaran
    Sila buat bayaran ke akaun berikut:

 

BANK RAKYAT
Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRK)
No. Akaun: 110 240 1492

✅ Pendaftaran kali pertama: RM10.00
✅ Pendaftaran kali kedua dan seterusnya: RM50.00

 

  • Langkah 3: Semakan Borang
    Setelah bayaran dibuat, borang akan *disemak oleh Setiausaha* KRK.

 

  • Langkah 4: Bayaran Modal Syer
    Setelah permohonan diluluskan, pihak kami akan menghubungi Tuan/Puan melalui WhatsApp untuk membuat bayaran Modal Syer minimum RM1,000 dan maksimum RM10,000 sahaja.

 

2) JENIS SAHAM DALAM KRK

 

🟦 i) MODAL SYER

 

⦁ Merupakan Saham Koperasi yang WAJIB untuk menjadi anggota.

⦁ Minima RM1,000.00 diperlukan untuk pendaftaran anggota baru.

⦁ Anggota boleh menambah Modal Syer dari minima RM1,000.00 sehingga maksimum RM10,000.00 sahaja.

Tidak boleh dikeluarkan kecuali berhenti menjadi anggota KRK.

⦁ Dividen lebih tinggi berbanding Simpanan Khas (Pelaburan).

 

🟨 ii) SIMPANAN KHAS (DULU DIKENALI SEBAGAI PELABURAN)

 

⦁ Tiada had maksimum, tetapi hanya dibuka pada waktu tertentu sahaja.

⦁ Boleh dikeluarkan sebahagian atau keseluruhan pada bila-bila masa.

⦁ Pulangan lebih rendah berbanding Modal Syer.

 

 3) TIGA [3] KELEBIHAN MENJADI ANGGOTA KRK (SELEPAS 6 BULAN MENJADI ANGGOTA)

 

i- Sumbangan Khairat Kematian.
⦁ Penama anggota akan menerima khairat kematian sebanyak RM1,000.00.

ii- Sumbangan Pengajian Bagi Peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD.
RM500.00 akan diberikan kepada anggota yang menrerima tawaran pengajian.
⦁ Mendapat tawaran pengajian selepas menjadi anggota sekurang-kurangnya 6 bulan.
⦁ setiap anggota hanya dibenarkan menuntut sumbangan pengajian sekali sahaja (ONE-OFF) sepanjang tempoh keanggotaan.

iii- Sumbangan Rawatan Hospital
RM100.00 akan diberikan bagi setiap kemasukan wad, tanpa mengira bilangan hari.
⦁ Boleh dituntut sebanyak 3 kali setahun.
⦁ Tidak terpakai bagi kes BERSALIN.

 

4) SYARAT KEANGGOTAAN KRK

 

(1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada:

(a) semua rakyat kelahiran negeri Kelantan; atau
(b) pemastautin yang telah menetap di negeri Kelantan tidak kurang dari lima tahun; atau
(c) ibu atau bapa yang dilahirkan di negeri Kelantan; atau
(d) bekerja di negeri Kelantan sekurang-kurangnya dua tahun secara berterusan dan mempunyai surat pengesahan majikan.
(e) pasangan kepada suami atau isteri yang dilahirkan di negeri Kelantan.

(2) Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:

(a) warganegara Malaysia
(b) telah mencapai umur lapan belas tahun;
(c) bukan seorang yang
(i) tidak upaya dari segi mental;
(ii) bankrap yang belum dilepaskan;
(iii) terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan
(iv) telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

 

5) PENDAPATAN DIVIDEN & PULANGAN BAGI 8 TAHUN TERKINI.

 

2018
Modal Syer = 10%
Simpanan Khas (Pelaburan) = 8.5%

2019
Modal Syer= 10%
Simpanan Khas (Pelaburan) = 8.5%

2020
Modal Syer= 10%
Simpanan Khas (Pelaburan) = 7.5%

2021
Modal Syer= 15%
Simpanan Khas (Pelaburan) = 9%

2022
Modal Syer= 15%
Simpanan Khas (Pelaburan)= 9%

2023
Modal Syer= 13%
Simpanan Khas (Pelaburan)= 8.5%

2024
Modal Syer= 10%
Simpanan Khas (Pelaburan)= 8%

2025
Modal Syer= 10%
Simpanan Khas (Pelaburan)= 8%

 

# NOTA PENTING!!!

 

‼️‼️ Semua anggota DIWAJIBKAN untuk menyertai channel WhatsApp rasmi koperasi bagi memastikan tidak terlepas sebarang maklumat penting:
🔗 https://whatsapp.com/channel/0029VarALEs7tkjCjTA44L3r

⦁ Anggota yang mendaftar bermula 01/07/2026 sehingga 31/12/2026 tidak akan menerima dividen bagi tahun 2026 kerana belum cukup tempoh matang 6 bulan sebelum akhir tahun kewangan.

⦁ Dividen & Pulangan telah DITOLAK ZAKAT.

⦁ Semua jenis pengeluaran simpanan akan dibuat pada 10 & 28 haribulan setiap bulan, dengan syarat borang pengeluaran dihantar sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh tersebut.

Sijil Keanggotaan akan diberikan selewat-lewatnya dalam tempoh 3 bulan selepas tuan/puan sah menjadi anggota krk.

⦁ Anggota juga diwajibkan membaca Undang-Undang Kecil KRK (UUK) yang boleh diakses melalui pautan berikut:
🔗 https://drive.google.com/file/d/18PUkmSlDqtZOG7BXe-po8kiv46frZw3Q/view?usp=sharing”

 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi atau whatsapp ke 09-741 4332. Terima kasih, jazakallah.

 

 

MAJLIS SOLAT HAJAT PEMBUKAAN CAWANGAN AR-RAHN KRK KE-5

 

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Solat Hajat pada 16 Jun 2026 sempena pembukaan cawangan Ar-Rahn Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRK) yang ke-5, iaitu Ar-Rahn Pasir Pekan, bertempat di Pasir Pekan, Kelantan.

 

Semoga dengan pembukaan cawangan baharu ini, Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRK) terus berkembang, maju dan berjaya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota serta masyarakat.

Apa itu Ar-Rahn?

DEFINISI DARI SUDUT SYARAK:

 

Ar-Rahn dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

 

DEFINISI DARI SUDUT BAHASA:

 

Ar-Rahn dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya………….” (Surah al-Muddaththir 74:38).

 

RUKUN

 

Rukun Ar-Rahn mengandungi 5 perkara:

 

1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3. barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian

 

Kesimpulannya:

 

Ar-Rahn boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman.

Anggota yang Bijak

Anggota yang Bijak

Bermodalkan saham RM1,000 + RM10 (Yuran Pendaftaran) anda layak untuk menjadi anggota koperasi.

Masa yang Terbaik

Masa yang Terbaik

Mendapat dividen setiap tahun. Jadi apa tunggu lagi? Marii kito pakat join blako..😆

Peluang Terbaik

Peluang Terbaik

Rakyat Kelantan berpeluang melibatkan diri dalam bidang perniagaan Ar Rahn.

Nasihat Kewangan

Nasihat Kewangan

Individu yang tiada simpanan yang mencukupi akan mempunyai masalah kewangan.

Penambahan Simpanan Khas Secara Bulanan

✨ Simpan Secara Konsisten, Rancang Kewangan Dengan Lebih Teratur! ✨

Kini anggota KRK berpeluang membuat Penambahan Simpanan Khas secara bulanan dengan jumlah minimum hanya RM100.00 sebulan.

💰 Minimum: RM100 sebulan

📅 Bayaran secara bulanan

🏦 Mudah & teratur

📈 Berpeluang menerima pulangan berdasarkan prestasi koperasi

Jadikan simpanan bulanan sebagai satu amalan untuk membantu membina kewangan yang lebih kukuh.

Soalan lazim

Apakah Keistimewaan ?

  • Pulangan dividen yang kompetitif.
  • Risiko pelaburan yang rendah.
  • Pelaburan berlandaskan syariah.
  • Kumpulan pengurusan yang profesional.
  • Saham minima bermula dengan RM1000.00.
  • Dividen tidak akan hangus, bertambah ke dalam saham jika tidak ambil dalam masa sebulan selepas tarikh dividen diumumkan.
  • Menyediakan Sumbangan Kebajikan hanya untuk anggota seperti :
  1. Sumbangan Kemasukan Wad Hospital (RM100/sekali masuk “warded” dengan maksima 3 kali setahun).
  2. Sumbangan Khairat Kematian (RM1,000).
  3. Sumbangan Pengajian Peringkat IPT (RM500).

 

NOTA : Pengeluaran akan dibuat 2 kali sahaja pada setiap bulan iaitu pada 10 HARIBULAN & 28 HARIBULAN SETIAP BULAN. Tuan/Puan perlu isi Borang Pengeluaran 1 minggu sebelum tarikh berkenaan.

Apakah Terma & Syarat Utama untuk melabur

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Seluruh rakyat Kelantan walau di mana berada.
  • Bermastautin tidak kurang 5 tahun di Kelantan.
  • Anak yang Ibu atau bapanya dilahirkan di Kelantan.
  • Bekerja di Kelantan sekurang-kurangnya 2 tahun berterusan (surat pengesahan majikan).
  • Tidak disabitkan dengan kesalahan undang-undang.

Penyokong Kuat Kami