Ringkasan Ar-Rahn

Home Ringkasan Ar-Rahn

Apa itu Ar-Rahn?

DEFINISI DARI SUDUT SYARAK:

Ar-Rahn dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

DEFINISI DARI SUDUT BAHASA:

Ar-Rahn dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya………….” (Surah al-Muddaththir 74:38).

RUKUN

Rukun Ar-Rahn mengandungi 5 perkara:

1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3. barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian

Kesimpulannya: Ar-Rahn boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman.

Hubungi Kami

Assalamualaikum Untuk maklumat tentang pelaburan sila hubungi ibu pejabat atau tekan link untuk whatsap di bawah

09-743 2281
09-7414332