KOPERASI RAKYAT KELANTAN MENAMBAH PELABURAN DI DALAM DUA CAWANGAN ARRAHN.

koperasi rakyat buka balik pelaburan

KRK telah mendapat persetujuan dari Permodalan Kelantan Berhad untuk melabur di dalam dua lagi cawangan arrahn milik Permodalan Kelantan Berhad iaitu cawangan Jeli dan Kok Lanas. Kini KRK telah mengadakan usahasama bersama Permodalan Kelantan Berhad di dalam lima cawangan arrahn iaitu Rantau Panjang (2011), Machang (2012), Wakaf Bharu ( 2015), dan terbaru Jeli dan Kok Lanas. Dijangkakan KRK akan terus mendapat keuntungan dengan penambahan dua lagi cawangan baharu ini.

Pelaburan masih lagi dibuka. Pelaburan ini akan ditutup setelah mencapai had maksima yang dibearkan untuk melabur di dalam dua cawangan baru ini. Orang ramai masih lagi boleh menjadi ahli dan ahli lama juga masih layak untuk menambah pelaburan. sama samalah memberikan sokongan kepada KRK.