KRK MENCAPAI HAD MAKSIMA PELABURAN

Pada 27 Febuari 2019, KRK telah mencapai had maksima pelaburan yang dibenarkan untuk melabur di dalam arrahn Permodalan Kelantan Berhad. Untuk makluman, KRK menjalankan usahasama dengan Permodalan Kelantan Berhad dengan pembahagian ekuiti sebanyak 49%- 51%… KRK layak melabur dengan nilai 49% sahaja di dalam satu cawangan arrahn. Pada 27 Febuari 2019, dengan kemasukan ramai anggota baru dan anggota lama yang tidak putus menambah pelaburan, KRK telah memenuhi ekuiti 49% dalam ketiga tiga cawangan arrahn tersebut.

KRK akan menutup buat sementara semua penambahan saham sehinggalah mendapat cawangan arrahn lain setelah dipersetujui oleh kerajaan negeri.