ZAKAT KOPERASI RAKYAT KELANTAN BERHAD BAGI TAHUN KEWANGAN 2019

KOTA BHARU- Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRK) menyerahkan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2019 berjumlah RM 42,419.35 kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Cek zakat perniagaan itu disampaikan Timbalan Pengerusi KRK Tuan Haji Wan Yaheya @ Wan Yahya bin Wan Salleh kepada Pegawai Zakat MAIK Tuan Ridhwan bin Abdul Rahman.

Upacara penyerahan zakat turut dihadiri Pegawai Zakat ANGKASA, Mohd Syah Azlan Iberahim . Hadir sama, Pengurus KRK, Puan Mimi Suziana Mohd Azmi dan Pegawai Pemasaran KRK, Khairol Imran Ibrahim.