PENUBUHAN KOPERASI RAKYAT KELANTAN BERHAD

perasmian koperasi rakyat kelantan berhad oleh YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FB_IMG_1500946633173

 

 

KOPERASI RAKYAT KELANTAN BERHAD

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad adalah satu badan bukan kerajaan, yang ditubuhkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad adalah sebagai satu badan amanah saham, untuk rakyat Kelantan. Koperasi Rakyat ditubuhkan untuk membantu rakyat Kelantan menyimpan dan melabur di dalam satu pelaburan yang bersih, tanpa riba, jelas dan mempunyai jaminan yang kukuh.

Oleh itu, pelaburan di dalam Ar-Rahn(Pajak Gadai Islam) milik penuh kerajaan Negeri Kelantan, yang dipunyai oleh Permodalan Kelantan Berhad iaitu sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah dipilih sebagai pelaburan yang akan dijalankan oleh Koperasi Rakyat Kelantan melalui wang pelaburan anggota yang mendaftarkan diri menjadi ahli Koperasi Rakyat Kelantan Berhad..

Sebagai satu perniagaan yang berjaya dan menguntungkan, Ar-rahn dipilih sebagai pelaburan nombor satu Koperasi Rakyat Kelantan Berhad. Ini kerana ar-Rahn ini mempunyai jaminan oleh Kerajaan Negeri, dan jaminan keuntungan setiap tahun. Pelaburan di dalam ar-Rahn juga dikatakan tidak akan muflis atau rugi kerana konsep ar-rahn adalah konsep pinjaman wang dengan meletakkan emas atau barang perhiasan sebagai cagaran. Keuntungan yang dicatatkan amat  tinggi setiap tahun, oleh itu pelaburan di dalam ar-rahn ini mampu memberikan pulangan yang tinggi kepada pelabur Koperasi Rakyat Kelantan Berhad.

 

Maka pelaburan ini telah dipilih dan Koperasi Rakyat Kelantan diberikan sebanyak 3 cawangan sebagai permulaan kerjasama/join venture ini iaitu cawangan ar-Rahn Rantau Panjang, Machang dan Wakaf Bharu. Kerjasama Koperasi Rakyat Kelantan dan Permodalan Kelantan Berhad akan berterusan sehinggalah Koperasi Rakyat Kelantan mencapai equiti maksima iaitu sebanyak 49% setiap sebuah cawangan.