MAJLIS HARI RAYA AIDILADHA DAN JAMUAN SEMPENA PEJABAT BARU KRK

Setelah 6 tahun berada di Wakaf Che Yeh ( Lot 2633, tingkat 1, kompleks perniagaan wakaf che yeh,15100 Kota Bharu), KRK telah berpindah ke pejabat di lokasi yang baharu iaitu di Lot 321, Tingkat Bawah, Seksyen 12, Jalan Tok Guru, 15400 Kota Bharu, Kelantan..

Bangunan ini adalah kepunyaan Badan Perhubungan ANGKASA negeri Kelantan. Lokasi pejabat ini lebih strategik dan memudahkan anggota untuk datang ke pejabat KRK. Ruangan tempat meletak kereta yang mudah dan banyak serta mesra pelanggan.

Bersempena dengan majlis ini juga telah diadakan jamuan kesyukuran sempena Hari Raya AidilAdha 2018… majlis dihadiri lebih 300 orang ahli, penduduk setempat dan kariah Masjid An-naim.. YAB Datuk Menteri Besar, Ustaz Mohammad Bin Yaakob turut hadir dan merasmikan pejabat baru KRK.