KUNJUNG HORMAT KRK KE PEJABAT KETUA EKSEKUTIF KUMPULAN PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN YANG BARU

Haji Abd Aziz sedang membincangkan beberapa perancangan masa depan bersama Ahli Lembaga Pengarah KRK

Tahniah diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Aziz Bin Yunus kerana telah dilantik menjadi Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK yang baharu. KRK akan sentiasa bekerjasama dan meyokong PKINK dalam urusan seharian. Pkink melalui anak syarikatnya Pemodalan Kelantan Berhad adalah rakan niaga KRK dimana KRK telah membuat JOIN VENTURE bisnes dengan Permodalan Kelantan Berhad di dalam pelaburan Ar-Rahn milik Permodalan Kelantan Berhad. Semenjak 2011, KRK dan Permodalan Kelantan Berhad telah menjalankan kerjasama dalam 3 buah cawangan Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad iaitu Ar-Rahn cawangan Rantau Panjang, Machang dan Wakaf Baru.

Untuk rekod, Pengerusi KRK dan Timbalan Pengerusi KRK juga pernah memegang jawatan Ketua Eksekutif PKINK untuk beberapa tahun.

Diharap kerjasama PKINK dan KRK dapat diteruskan lagi di masa hadapan.