RETREAT JV PKB DAN KRKB

FB_IMG_1500946221552.jpg

 

Kursus agen KRKB telah berlangsung semalam, 20hb Februari 2017. bertempat di Pulau Teluk Renjuna, Tumpat, Kelantan. Seramai 20 orang agen telah menghadiri kursus ini. Turut terlibat dalam program ini adalah wakil-wakil dari Permodalan Kelantan Berhad. Program ini bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut hal-hal berkaitan KRKB serta halatuju dan target agen-agen dalam KRKB. Program berjalan dengan lancar dan dipenuhi dengan sesi ceramah oleh ahli-ahli lembaga KRKB serta penceramah jemputan, Profesor DR. Abu Hassan Hasbullah dan aktiviti-aktiviti team building disekitar pulau.