Selamat Berkunjung ke Laman Sesawang Rasmi Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB)

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) telah ditubuhkan pada 21hb. Januari 2011. KRKB mendapat kelulusan melabur dalam projek usahasama dan francais Ar-Rahn dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 4hb. Mei 2011. KRKB beroperasi di alamat PT 448, Tingkat 2,Jalan Kuala Krai, Batu 3, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu,Kelantan. Matlamat penubuhan utama KRKB ialah untuk menjana ekonomi rakyat melalui pengibatan mereka dalam perniagaan Ar-Rahn. Aktiviti utama KRKB ialah perniagaan Ar-Rahn melalui usahasama dan francais yang diusahakan oleh Permodalan Kelantan Berhad (PKB). PKB kini mempunyai 25 cawangan Ar-Rahn di seluruh negara.

INFO

Surat pemberitahuan dividen 2011/2012 telah dihantar kepada semua anggota yang layak. Pengeluaran dividen 2011/2012 boleh dibuat di pejabat Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) bermula 1 Mac 2013. Sila hubungi pejabat KRKB sekiranya terdapat sebarang kemusykilan

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad telah menyuntik modal ke dalam Ar Rahn Rantau Panjang pada 1 November 2011.

Mesyuarat Agung Tahunan KRKB telah berlangsung dengan jayanya pada 24 November 2012. Ahli Lembaga Koperasi baru telah dilantik iaitu Dr Wan Mohamad Zamri Bin wan Nawawi dan Puan Zaililah Binti Hassan.Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ALK lama iaitu Tn Hj Hamdan Bin Mohamed dan Pn Hjh Azizah Binti Daud.

SALAM KRKB

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434H. Semoga tahun baru ini menjanjikan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Keanggotaan & pelaburan saham masih lagi dibuka. Tambahan saham untuk anggota yang telah mendaftar di alu-alukan. Temui kami di promosi-promosi bergerak. Sila rujuk program promosi bergerak yang dibuat.

PEMBERITAHUAN

Koperasi beroperasi di Medan Ilmu pada setiap Jumaat minggu pertama dan ke tiga, jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.

KRKB mengorak langkah dengan melantik agen bagi mencapai target KRKB. Senarai agen berdaftar yang telah dilantik seperti berikut:
1. En. Abdullah Suhaimi Bin M. Yassin
2. Dr Wan Mohamad Zamri Bin Wan Nawawi
3. Pn. Rohayati Binti Mustafa
4. Cik Nurul Hasnina Binti Mohamed Zain
5. En. Ramai Nor Bin Latiff
6. En. Mohamad Sukuri Bin Junoh
7. Pn. Sabariah Binti Salleh
8. Pn. Fairus Binti Mamat
9. Cik Yusnida Binti Yusuf


Sesiapa yang berminat untuk menjadi agen KRKB, sila berjumpa dengan Pn. Mimi Suziana Binti Mohd Azmi atau telefon di talian 09-7414332.

PELABURAN

Semua bayaran pendaftaran dan saham boleh dibuat di pejabat KRKB atau melalui akaun bank. Sila pos, faks @ email borang permohonan menjadi anggota dan borang penama serta salinan slip bank ke nombor 09-7432280 @ email admin@krk.com.my sebagai bukti pembayaran.