Ahli Lembaga Koperasi mempunyai dedikasi dan semangat yang tinggi dalam mentadbir urus koperasi ini dalam usaha menjadikan KRK sebagai salah sebuah koperasi yang paling berdaya saing di Negara ini insyaaAllah.

WAN YAHYA BIN W. SALLEH
PENGERUSI
Berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia (1984) dan Sarjana Muda Ekonomi (1975). Bermula dengan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) seterusnya menjawat pelbagai jawatan di dalam Kerajaan Negeri antaranya Ketua Penolong Pengarah UPEN, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Ketua Jajahan Jeli-Tanah Merah-Kuala Krai sehingga tahun 1997. Pada tahun 1996, berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Eksekutif di PKINK dan dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan pada tahun 2005 yang lalu. Kini Menguruskan perniagaan sendiri dengan jayanya.

MOHD SABRI BIN ABDULLAH
TIMBALAN PENGERUSI
Berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Northrop, California (1984), BA (Econ Hons) di Universiti Malaya (1975). Mula berkhidmat dengan Bank Bumiputera (M) Bhd selama 15 tahun sebelum berkhidmat di Permodalan Kelantan Berhad pada tahun 1992 sebagai Pengurus Kanan dan pada tahun 2002 menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan pada tahun 2008 sehingga 2015.

DR. WAN MOHAMAD ZAMRI BIN WAN NAWAWI
SETIAUSAHA
Berkelulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1987), Master in Health Administration, Universiti of New South Wales (1994), MSC Science forensic, Universiti Glasgow, Scotland UK. Berkhidmat sebagai Pakar Perunding Perubatan Forensik untuk Negeri Kelantan dan sebagai Pensyarah untuk pelajar tahun akhir Kursus Forensik Sains, USM.

ABDUL AZIZ BIN MOHD ZIN
BENDAHARI
Mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) Universiti Terbuka Malaysia dan London Chamber of Commerce And Industry (Accounting High Level). Mula berkhidmat dengan Prokel Management Sdn Bhd sebelum berkhidmat dengan Permodalan Kelantan Berhad pada tahun 1997 sebagai Eksekutif Kewangan dan seterusnya diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Pentadbir An-Nisa’ pada awal tahun 2009.

IR MOHD AMADDY BIN NAWI
AHLI LEMBAGA KOPERASI
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan Elektronik pada tahun 1991 dari Universiti Malaya. Berpengalaman dalam bidang pembinaan dan perundingan selama lebih 10 tahun. Beliau juga berkhidmat sebagai Jurutera Profesional hampir 8 tahun. Di samping itu, beliau juga aktif dalam sukan squash dan kini dilantik sebagai Presiden Persatuan Squash Negeri Kelantan.

W.M AZHARI BIN WAN ABDULLAH
AHLI LEMBAGA KOPERASI
Mula berkhidmat dengan Permodalan Kelantan Berhad pada tahun 2003. Kini memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Ar-Rahn Research & Development.

HJ. MOHAMAD SUHANE BIN IBRAHIM ARAUI
AHLI LEMBAGA KOPERASI
Berkhidmat sebagai Unit Trust Consultant, Pengerusi Koperasi Kakitangan Ladang Sungai Terah & Bendahari Koperasi Urus Dana Rakyat Kelantan Berhad pada tahun 2004 sehingga kini. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengurus Perancangan Korporat PKINK, Pengurus Akaun Bank Islam Malaysia Berhad & Pengurus Kewangan Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Perlukan Bantuan ?
Untuk sebarang pertanyaan / keterangan lanjut,
sila hubungi
Sokongan rakyat Kelantan
dalam menjayakan koperasi ini amatlah dialu alukan...
