14 OGOS 2024 / 10 SAFAR 1446H
Alhamdulillah , selesai sudah majlis serahan zakat perniagaan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB).
Serahan zakat dilakukan oleh Pengerusi KRK, Tuan Haji Wan Yahya Bin W. Salleh dan diiringi oleh Timbalan Pengerusi KRK, Tuan Haji Mohd Sabri Bin Abdullah, Setiausaha KRK, Dr. Wan Mohamad Zamri Bin Wan Nawawi dan Bendahari KRK, En. Abdul Aziz Bin Mohd Zin.
Suburkan perniagaan anda dengan berzakat. Zakat perniagaan wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan, offline mahupun online. Ia merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Seperti mana cukai syarikat yang diwajibkan oleh pihak kerajaan, zakat perniagaan merupakan kewajipan yang lebih utama untuk ditunaikan. Zakat tidak harus dilihat sebagai cukai tetapi ia harus dilihat sebagai kewajiban dalam lslam. Zakat perniagaan sangat penting sebagai sumber pengagihan kekayaan sesebuah syarikat kepada pembangunan sesebuah negara.