Koperasi Rakyat kelantan Berhad

Dari Rakyat Kepada Rakyat

WAN YAHYA BIN WAN SALEH (PENGERUSI)

Berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia (1984) dan Sarjana Muda Ekonomi (1975).  Bermula dengan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) seterusnya menjawat pelbagai jawatan di dalam Kerajaan Negeri antaranya Ketua Penolong Pengarah UPEN, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Ketua Jajahan Jeli-Tanah Merah-Kuala Krai sehingga tahun 1997.  Pada tahun 1996, berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Eksekutif di PKINK dan dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan pada tahun 2005 yang lalu.  Kini Menguruskan perniagaan sendiri dengan jayanya.

 

MOHD SABRI BIN ABDULLAH (TIMBALAN PENGERUSI)

Berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Northrop, California (1984), BA (Econ Hons) di Universiti Malaya (1975). Mula berkhidmat dengan Bank Bumiputera (M) Bhd  selama 15 tahun sebelum berkhidmat di Permodalan Kelantan Berhad pada tahun 1992 sebagai Pengurus Kanan dan pada tahun 2002 menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan pada tahun 2008 sehingga 2015.

 

DOKTOR MOHAMAD ZAMRI BIN WAN NAWAWI (SETIAUSAHA)

Berkelulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1987), Master in Health Administration, Universiti of New South Wales (1994), MSC Science forensic,  Universiti Glasgow, Scotland UK. Berkhidmat sebagai Pakar Perunding Perubatan Forensik untuk Negeri Kelantan dan sebagai Pensyarah untuk pelajar tahun akhir Kursus Forensik Sains, USM.

 

ABDUL AZIZ BIN MOHD ZIN (BENDAHARI)

Mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) Universiti Terbuka Malaysia dan London Chamber of Commerce And Industry (Accounting High Level).  Mula berkhidmat dengan Prokel Management Sdn Bhd sebelum berkhidmat dengan Permodalan Kelantan Berhad   pada tahun 1997 sebagai Eksekutif Kewangan dan seterusnya diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Pentadbir  An-Nisa’  pada awal tahun 2009.

 

ALK

IR MOHD AHMADDY BIN NAWI

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan Elektronik pada tahun 1991 dari Universiti Malaya.  Berpengalaman dalam bidang pembinaan dan perundingan selama lebih 10 tahun.  Beliau juga berkhidmat sebagai Jurutera Profesional hampir 8 tahun.  Di samping itu, beliau juga aktif dalam sukan squash dan kini dilantik sebagai Presiden Persatuan Squash Negeri Kelantan.

 

ANIS BINTI ISMAIL

Mempunyai kelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan UiTM, Mula berkhidmat dengan Permodalan Kelantan Berhad pada tahun 1994. Kini memegang jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia & Akademi.

 

W.M AZHARI BIN WAN ABDULLAH

Mula berkhidmat dengan Permodalan Kelantan Berhad pada tahun 2003. Kini memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Ar-Rahn Research & Development.

 

KAMRUL HISAN BIN MOHD KAMSON

Mempunyai kelulusan dalam Ijazah Pengurusan, Open University Malaysia. Mula berkhidmat dengan Permodalan Kelantan Berhad  pada tahun 1998 dan terkini memegang jawatan sebagai Pengurus Ar-Rahn di Permodalan Kelantan Berhad .