KRKB + AR-RAHN

Sejarah telah tercipta pada tahun 2011 dimana KRK telah ditubuhkan dan diperkenankan untuk menjalankan usahasama/join venture bersama Permodalan Kelantan Berhad (PKB). Rakyat Kelantan berpeluang untuk melabur dan mempunyai syer di dalam bisnes yang dimiliki oleh kerajaan negeri, dan diberikan pulangan dalam bentuk dividen setiap tahun. Koperasi Rakyat Kelantan adalah satu satunya koperasi yang ditubuhkan untuk rakyat Kelantann.

SENARAI DIVIDEN TAHUNAN KRK

Pada permulaan iaitu 2011, KRK hanya menyediakan syer kepada anggota. Dan dividen pertama hanyalah 5% sahaja. Namun pada tahun 2016, KRK mengorak langkah baru dengan menyediakan dua platform iaitu dalam bentuk syer dan pelaburan. Dan dividen pada ketika itu adalah 8% untuk kedua-dua Syer dan Pelaburan. Bertitik tolak dari itu, KRK berkembang dari hari ke hari sehingga sekarang mampu mengeluarkan dividen 10% untuk syer dan 8.5% untuk Pelaburan.

RINGKASAN AR-RAHN

Apa itu Ar-Rahn?

DEFINISI DARI SUDUT SYARAK:

Ar-Rahn dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

DEFINISI DARI SUDUT BAHASA:

Ar-Rahn dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya………….” (Surah al-Muddaththir 74:38).

RUKUN

Rukun Ar-Rahn mengandungi 5 perkara:

1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3. barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian

Kesimpulannya: Ar-Rahn boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman

Pelaburan yang Bijak

Pelaburan yang Bijak

Bermodalkan saham RM1,000 sahaja anda layak untuk menjadi anggota koperasi.

Masa yang Terbaik

Masa yang Terbaik

Mendapat dividen setiap tahun. Jadi apa tunggu lagi? Marii kito pakat join blako..😆

Peluang Terbaik

Peluang Terbaik

Rakyat Kelantan berpeluang melibatkan diri dalam bidang perniagaan Ar Rahn.

Nasihat Kewangan

Nasihat Kewangan

Individu yang tiada simpanan yang mencukupi akan mempunyai masalah kewangan.

Program Francais

KRKB menjadi francaisi Ar-Rahn kepada PKB (francaisor) tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pada tahun 1 Mei 2018, telah tertubuh Ar-Rahn pertama KRK bertempat di Kawasan Komersial Pasar Cabang Tiga, Losong, Kuala Terengganu, melalui sistem francaisi ini dimana cawangan ini adalah hak milik penuh KRK. Ahli-ahli berpeluang untuk menjadi sebahagian pelabur di dalam projek ini dimana saham permulaan bermula pada RM3000.00

Soalan lazim

Apakah Keistimewaan ?

  • Pulangan dividen yang kompetitif.
  • Risiko pelaburan yang rendah.
  • Pelaburan berlandaskan syariah.
  • Kumpulan pengurusan yang profesional.
  • Saham minima RM1000.00 dan tambahan sehingga 20% daripada jumlah keseluruhan pelaburan.
  • Usahasama dengan Permodalan Kelantan Berhad.
  • Wang pelaburan boleh dikeluarkan bila-bila masa.
  • Dividen tidak akan hangus, bertambah ke dalam saham jika tidak ambil dalam masa sebulan selepas tarikh dividen diumumkan.

Apakah Terma & Syarat Utama untuk melabur

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Seluruh rakyat Kelantan walau di mana berada.
  • Bermastautin tidak kurang 5 tahun di Kelantan.
  • Anak yang Ibu atau bapanya dilahirkan di Kelantan.
  • Bekerja di Kelantan sekurang-kurangnya 2 tahun berterusan (surat pengesahan majikan).
  • Tidak disabitkan dengan kesalahan undang-undang.

Penyokong Kuat Kami